Monday 9 December 2019

Ahmad Idham mohon tamat kontrak CEO Finas atas sebab peribadi

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menerima dan meluluskan, permohonan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan kepada 10 Mac tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat FINAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemendekan tempoh kontrak perkhidmatan tersebut adalah atas sebab peribadi.


“Justeru, Finas ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Idham atas segala sumbangannya, sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS,” menurut kenyataan itu.


Finas juga turut mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.


Ahmad Idham sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 11 Mac tahun ini. — Bernama


No comments:

Post a Comment