Perkhidmatan feri di Pulau Pinang merupakan antara perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Bermula pada tahun 1894 diusahakan oleh En Quah Beng Kee, pada masa itu reka bentuk feri bukanlah macam sekarang tapi hanya lanci-lanci (bot) kecil kuasa wap saja.
Kemudian diambil alih sepenuhnya oleh Lembaga Pelabuhan P Pinang pada tahun 1924, masa itu barulah upgrade sikit dan dapat mengangkut kenderaan bermotor.
Hanya terdapat satu feri berkuasa wap bernama “Seberang” yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura. Ia beroperasi dari Butterworth di Seberang Perai ke Terminal Tun Uda di Georgetown P Pinang.
Sebab sambutan ramai, LPPP menambah lagi 3 feri yang besar (Tanjung, Kulim dan Bagan). Tapi pada 1941-45, perkhidmatan feri ni lumpuh sebab perang dunia kedua masa Jepun menjajah.
Feri-feri yang sedia ada semuanya rosak. Selepas dari tu LPPP diberi nafas baru pada April 1946, Feri Bagan diperbaiki dan beroperasi semula dan tongkang-tongkang digunakan.
Menurut sumber lain, ada juga kapal perisai pendarat tentera british diubahsuai dengan kemudahan tempat duduk penumpang. Pada 1957, ketika tu LPPP dah bertukar/ambil alih oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
Sepanjang 1957-1959, SPPP menambah 5 buah feri membawa penumpang dan kenderaan berat. Pada 1959, Pangkalan feri baharu di Pulau Pinang (Pangkalan Raja Tun Uda) dan di Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Malangnya satu tragedi telah mengemparkan Malaysia disebabkan peristiwa Jeti Runtuh 31 Julai 1988 Pangkalan Sultan Abdul Halim menyebabkan pangkalan itu tidak boleh digunakan lagi. Disamping itu banyak feri lama telah direhatkan.
Pada masa kini, perkhidmatan ini telah diambil alih oleh Prasarana Malaysia pada 2017 dan ditukar nama kepada perkhidmatan Rapid Ferry. Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri.
(Pulau Rawa telah ditamatkan perkhidmatan)
Antara koleksi gambar feri lama didalam gambar.
Sekiranya perkhidmatan feri tiada lagi pada masa depan, ia tetap meninggalkan sejarah tersendiri buat warga buat Pulau Pinang.
Sumber penulisan dan gambar : Arkib Negara, Feri Penang, Penang Port, Rapid Ferry, Penang Discovery.
No comments:
Post a Comment