Monday 9 December 2019

#Georgetown Polis Pulau Pinang rampas dadah bernilai RM355,710.00

YDH CP Dato Narenasagaran Thangaveloo, Ketua Polis Pulau Pinang, telah menghadiri satu sidang media mengenai serbuan rampasan dan tangkapan Dadah di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Bahagian Siasatan Narkotik Seberang Perai Utara Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dadah jenis Heroin Base, dadah yang siap diproses, serbuk Kefein dan Pil Erimin 5 serta peluru hidup dan telah berjaya menangkap 5 ahli sindiket terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan. Nilai rampasan dadah sebanyak RM355,710.00 dan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM57,99.81.

Turut hadir, YDH Dato Roslee Bin Chik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai kanan Kontinjen Pulau Pinang.














No comments:

Post a Comment