Wednesday, 14 September 2022

#PRU15 PM yakin BN mampu rampas Pulau Pinang

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Barisan Nasional (BN) bersedia menawan semula Pulau Pinang daripada pemerintahan pembangkang.

Keyakinan Perdana Menteri itu hadir apabila beliau berkunjung ke Pulau Mutiara kelmarin dan disambut lautan biru penyokong BN.



“Malam semalam (kelmarin) saya tiba di Pulau Pinang dan terus bertemu dengan keluarga besar BN Pulau Pinang bagi merapatkan lagi silaturahim serta beramah mesra dengan pimpinan dan jentera kita bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam itu membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” kata Ismail Sabri.

Menurut beliau, golongan muda seawal usia 18 tahun yang akan mengundi kelak akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan gerak kerja perlu dipertingkat untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi golongan ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon BN pada PRU yang bakal tiba,” ujar beliau yang juga Naib Presiden Umno. 

SUMBER

No comments:

Post a Comment