Saturday 16 November 2019

#Georgetown wanita langgar pemandu lori sampah ditemui di hospital

wanita yang menghilangkan diri selepas kereta dipandunya merempuh pekerja syarikat pembersihan berhampiran Bangunan Persekutuan di Jalan Anson, Georgetown, hari ini sudah dikesan polis.

Wanita berusia 29 tahun yang juga warga Vietnam itu ditemui pada 5 petang di hospital swasta kerana mendapatkan rawatan akibat cedera di kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan mendapati wanita itu pergi sendiri ke hospital sejurus kemalangan.

“Dia kini ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan doktor memberitahu wanita itu dijangka akan keluar dua hari lagi.


“Pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit adalah rakan kepada pemilik kereta dipandunya,” katanya.

Che Zaimani berkata, siasatan mendapati wanita warga Vietnam berkenaan sudah enam tahun menetap di negeri ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita itu mempunyai lesen memandu, namun polis akan merujuk dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui status lesen itu.

Dalam kejadian 6.40 pagi hari ini, mangsa, Mukhtar Bahari, 62, parah dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dirempuh kereta dipandu seorang wanita.

Mangsa yang juga pemandu lori sampah syarikat pembersihan terbabit sedang mencuci bahagian belakang kenderaannya itu yang diparkir di bahu jalan.

Bagaimanapun, pemandu kereta yang merempuh mangsa menghilangkan diri sejurus kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment