Ia dikongsikan oleh pengguna Facebook, Darul Naim dengan gambar-gambar di lokasi kemalangan dan kelihatan mangsa dalam keadaan parah dan berlumuran darah. Mangsa juga dilihat tersepit bila dilanggar dari bahagian hadapan kenderaan wanita terbabit.
Jika dilihat dari gambar di bawah, dapat dilihat dengan jelas kaki mangsa telah cedera teruk dilanggar kereta Axia merah milik wanita mabuk terbabit.
Diharapkan satu undang-undang ketat bagi kesalahan melanggar orang awam dalam keadaan mabuk dapat dikeluarkan. Nampaknya isu ini bukan lagi perkara kecil kerana semakin ramai individu yang berani memandu dalam keadaan mabuk.
No comments:
Post a Comment