Saturday 16 November 2019

#Georgetown akibat kecuaian, kaki kiri mangsa terpaksa dipotong

Hanya kerana kecuaian individu lain, seorang pemandu lori yang parah dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Anson, Georgetown, pada Jumaat, terpaksa menangung derita seumur hidup apabila kakinya terpaksa dipotong.

Kaki kiri Mukhtar Bahari, 62, terpaksa dipotong dari  bahagian paha berikutan tulangnya hancur.


Mangsa yang baru sahaja menjalani pembedahan dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad biasa selepas dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, pihaknya akan menahan pemandu wanita itu selepas dia dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta kerana menerima rawatan di situ akibat kemalangan berkenaan.

Beliau berkata, anggotanya akan mengambil keterangan daripada wanita tersebut termasuk mendapatkan pengesahan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung status lesennya.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan mendapati pemandu wanita itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan sudah tinggal di negeri ini sejak enam tahun lepas.

Narenasegaran berkata demikian kepada pemberita selepas   Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut antara SAC Che Zaimani Che Awang dan ACP Soffian Santong yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut yang baharu di IPD Georgetown pada Sabtu.

Dalam kemalangan 6.40 pagi Jumaat, mangsa, Mukhtar Bahari parah di kaki kirinya selepas dirempuh kereta dipandu wanita Vietnam itu.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pemandu lori sampah syarikat pembersihan sedang mencuci bahagian belakang kenderaannya yang di parkir di bahu jalan.

Suri rumah berusia 29 tahun itu dilaporkan melarikan diri selepas melanggar Mukhtar

No comments:

Post a Comment