Tuesday, 10 August 2021

Sediakan tangkap layar di telefon bimbit untuk lancarkan SJR



Oleh SAFINA RAMLI

9 Ogos 2021, 7:25 pm


GEORGETOWN: Individu yang melengkapkan dos vaksin Covid-19 dinasihat menyediakan tangkap layar sijil digital vaksinasi di dalam telefon bimbit masing-masing untuk ditunjukkan kepada petugas bagi melancarkan perjalanan serta pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, ketika ini kira-kira 61.7 peratus penduduk di negeri ini sudah menerima dos pertama vaksin manakala  27 peratus telah melengkapi dua dos vaksin.

“Ini bermakna mereka yang melengkapkan dua dos vaksin dalam tempoh dua minggu layak untuk mendapatkan kemudahan yang telah diberikan seperti merentas daerah.

“Bagi memudahkan petugas barisan hadapan terutama di lokasi SJR, mereka yang telah lengkap dua dos ini dinasihat menyediakan tangkap layar berkaitan vaksin yang telah diterima di dalam telefon bimbit masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fisol, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ketua-Ketua Polis Daerah akan melaksanakan pemantauan ke atas semua premis bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Katanya, peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan adalah jelas menyatakan syarat-syarat untuk mengadakan aktiviti yang dibenarkan seperti sukan, riadah, rekreasi dan sektor sosial.

“Peraturan dan garis panduan ini menyasarkan pelanggan yang memiliki vaksin lengkap bagi menikmati kemudahan seperti ‘dine-in’.

“Pemilik atau pengusaha premis makanan hendaklah memastikan pekerja telah divaksin dengan mempamerkan deklarasi penerima vaksin lengkap,” katanya.

Selain itu, beliau menambah, pemilik premis juga perlu memastikan bilangan pelanggan di satu meja hanya 50 peratus daripada keluasan dan memastikan susun atur meja mengikut penjarakan.

“Sistem pengudaraan di dalam kedai juga perlu dipastikan baik dan hanya pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap dipastikan berada di dalam kedai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://t.co/fTY66S6SJq

1 comment:

  1. Why you (YIP KUM FOOK or cheating people wife at Kepong) do people cheat on people they love? Because they want to be accepted, respected, loved, wanted, or praised (the things they likely feel they aren't getting in their current relationship). The reasons vary from person-to-person, but they're all about a need the person is trying to get met.
    From: Mr Lee

    ReplyDelete