ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. - IHSAN BOMBA
BUTTERWORTH: Seorang
lelaki warga emas melecur manakala tiga buah motosikal yang diletakkan di
hadapan sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Bagan Jermal, di sini
awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba
dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian
yang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat itu kira-kira pukul 4 pagi.
Katanya, sebaik tiba di
lokasi kejadian, pihaknya mendapati rumay berkeluasan kira-kira 750 kaki
persegi itu terbakar sebanyak 85 peratus.
“Penghuninya iaitu lelaki
warga emas melecur manakala tiga buah motosikal hangus sebelum api berjaya
dikawal pukul 4.31 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa
berusia 70-an yang cedera berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital
Seberang Jaya di sini untuk mendapatkan rawatan.
Jurucakap itu berkata,
punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi digerakkan
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Perai selain dibantu
pasukan bomba sukarela.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment