KEPALA BATAS: Pasar pagi di pekan Penaga di sini akan
ditutup bermula minggu depan bagi mencegah penularan Covid-19.
Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata,
keputusan itu diambil susulan kegagalan penganjur mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) menerusi Op Pematuhan SOP-PKPP yang dijalankan kira-kira pukul 9
pagi semalam.
Menurut beliau, notis
penutupan pasar terbabit akan dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai
(MBSP) hari ini
“Difahamkan, pihak
Kementerian Kesihatan turut akan melakukan pemantauan sejurus selepas pasar
ditutup bagi menyekat penularan Covid-19.
“Selain itu, kita turut
mengeluarkan dua kompaun terhadap penganjur kerana gagal menyediakan laluan
sehala keluar masuk sehingga menyebabkan tiada penjarakan fizikal antara
peniaga dan pelanggan,” katanya selepas menjalankan rondaan di pasar terbabit
di sini semalam.
Seramai 35 pegawai dan
anggota pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan dan MBSP menyertai
operasi yang berlangsung hampir dua jam.
Pasar pagi yang
beroperasi pada setiap Khamis dan Ahad itu menjadi tumpuan penduduk setempat
terutama ketika hujung minggu.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment