Monday, 5 October 2020

Kalah 6-1 Tottenham malukan Manchester United


MANCHESTER: Detik yang paling ‘memalukan’ pada hari ini bagi Ole Gunnar Solskjaer. Mengambil semua tanggungjawab selepas Manchester United telah dimalukan sebanyak 6-1 oleh Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada pagi hari  ini.

 

Ini bermakna, United sudah kalah dalam dua perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri pada musim ini, dengan hanya mengutip sebanyak tiga mata sahaja daripada tiga perlawanan pertama.

 

Harry Kane yang muncul sebagai wira kemenangan Spurs manakala United pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain di dalam sebahagian besar permainan selepas Anthony Martial yang telah dibuang padang.

 

“Saya angkat tangan, semua ini salah saya, sangat memalukan!

 

“Ia telah melukakan semua pemain, melukakan pengurus dan hari yang paling buruk dalam hidup saya.

 

“Walaubagaimanapun, dalam sejarah United, kami pernah bangkit daripada situasi seperti ini,” beritahu Solskjaer.

 

Son Heung-Min dan Kane masing-masing meledak dua gol manakala dua lagi jaringan Tottenham telah disempurnakan oleh Tanguy Ndombele dan Serge Aurier.

 

United memperolehi gol saguhati menerusi sepakan penalti daripada Bruno Fernandes pada seawal minit kedua perlawanan itu berlangsung.


No comments:

Post a Comment