ARAU: Universiti
Malaysia Perlis (Unimap) menangguhkan kemasukan penuntut baharu dan sedia ada
dari Sabah atau mana-mana kawasan zon merah Covid-19 ke kampus tersebut
berikutan situasi semasa pandemik itu yang semakin meruncing.
Malah, penuntut dari
kawasan lain yang bergejala juga dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Unimap
buat sementara waktu.
Timbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa Unimap, Prof. Ir. Dr. Mohd. Rizal Arshad berkata,
mereka yang setuju menerima tawaran mengikuti pengajian di Unimap akan
didaftarkan oleh pegawai di unit kemasukan dan rekod pelajar pada 10 Oktober
depan secara dalam talian.
Katanya, mereka yang pulang ke Unimap diwajibkan mengisi dan menghantar borang deklarasi kesihatan Covid-19 empat hari sebelum datang ke kampus melalui pautan
http://www.coshe.my/health-declaration-form-student/.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment