KUALA LUMPUR- “Tidak, tiada apa-apa.”
Itu jawapan ringkas
pengacara dan pelakon popular, Neelofa yang akhirnya menafikan desas desus
hubungannya dengan pendakwah, Haris Ismail yang sebelum ini mencetuskan teka
teki dalam kalangan peminat.
Neelofa, 31, berkata
hubungannya dengan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz hanya sekadar kawan
dan pendakwah itu memang rapat dengan keluarga serta rakan-rakannya.
“Kami memang sudah kenal
sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya
kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama. Hubungan itu lebih
dari sekadar bekerja sama.
“Sebab itu dia hadir ke
majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya.
“Jadi kalau tanya saya,
jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranyasudah bertemu jodoh, saya akan
bagitahu, “ jelasnya.
Neelofa ditemui ketika
majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di salah sebuah pusat beli belah
terkemuka, One Utama di sini hari ini.
Dalam pada itu, Neelofa
juga tidak mahu isu baju sedondon yang berlaku digembar-gemburkan. Malah, dia
juga tidak mahu bercakap lebih lanjut soal peribadi.
“Ada beberapa perkara
yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan. Saya
mohon semua hormat dengan pendirian saya,” katanya.
-UTUSANONLINE
No comments:
Post a Comment