Kolej matrikulasi didakwa
tidak membenarkan pelajar pulang ke rumah, tidak seperti pelajar di politeknik dan
universiti awam yang lain.
Seorang pelajar kolej
matrikulasi hari ini mendakwa mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing oleh pihak pentadbiran pusat pengajian itu, sejak Ogos lalu.
Ia berikutan langkah
pencegahan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.
Malah, pihak kolej
difahamkan hanya membenarkan ibu bapa melawat dan menjenguk anak-anak mereka di
pintu masuk kampus.
Peraturan ini nampaknya
tidak berlaku untuk pelajar di politeknik dan universiti awam yang lain.
Kedua institusi pengajian
tinggi ini ditadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi, manakala kolej
matrikulasi berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.
Semalam, theStar memetik
seorang pegawai mengesahkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan
Majlis Keselamatan Negara sedang mengkaji larangan membenarkan pelajar
matrikulasi keluar dari kolej pada hujung minggu.
Keputusan akhir mereka
dijangka diumumkan hari ini.
Mengulas lanjut, pelajar
yang hanya mahu dikenali sebagai M, memberitahu Malaysiakini bahawa dia
biasanya pulang ke rumahnya di Selangor dua kali sebulan.
"Kami tidak
dibenarkan pulang sejak awal Ogos..
"Ibu bapa boleh
datang menemui anak-anak mereka, tetapi hanya di pintu pagar. Mereka tidak
dibenarkan memasuki premis kuliah,” katanya ketika dihubungi.
Walaupun dia memahami
alasan di sebalik keputusan itu, M mempersoalkan mengapa rakan sebayanya yang
mengambil diploma di politeknik dan kursus asas di universiti tidak dikenakan
sekatan yang sama.
“Kira macam tak adil
jugalah, sebab kami sama muda dengan dia orang. Cuma program saja tak sama.
“Rasa kecewa jugalah.
Tapi, nak buat macam mana, ikut sajalah arahan dari pihak atasan,” katanya.
theStar sebelum ini
melaporkan sebilangan pelajar matrikulasi menghadapi masalah kesihatan mental
setelah dikurung di kawasan kampus untuk jangka masa yang panjang.
Menurut laman web
Kementerian Pendidikan, semua 17 kolej matrikulasi dijadualkan memulakan cuti
semester mereka pada 12 Oktober hingga 18 Oktober.
-theStar
No comments:
Post a Comment