KUALA LUMPUR: Baru sahaja
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan untuk tidak akan
bertanding dalam pilihan raya umum (PRU)-ke 15, beliau menarik balik keputusan
tersebut dan meneruskan niat menjadi wakil rakyat.
Katanya dalam satu wawancara,
keputusan tersebut bertujuan bagi memenuhi hasrat masyarakat yang menginginkan
dirinya tetap bertanding jika PRU mengejut diadakan.
“Mereka masih mahu saya
mengatakan bahawa saya mahu bertanding. Memang benar kebanyakan orang yang
berusia 95 tahun tidak akan aktif.
“Saya lebih bernasib
baik, saya masih dapat aktif. Tetapi mereka nampaknya tidak fikir kesihatan
saya akan merosot apabila usia saya semakin lanjut,” katanya kepada Straits
Times Singapura.
“Mereka melihat saya
seperti saya sekarang. Jadi mereka menginginkan saya, sekurang-kurangnya, tidak
mengatakan bahawa saya tidak akan bertanding,” katanya.
Sebelum ini jelas Dr.
Mahathir, keputusan untuk tidak mahu bertanding adalah kerana memikirkan
usianya yang 98 tahun jika PRU diadakan pada 2023.
Namun, beliau yang juga
Ahli Parlimen Langkawi turut memberi gambaran mungkin dapat bertanding jika PRU
mengejut diadakan.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment