ADZLI Abu Shah (kanan)
menunjukkan sejumlah wang tunai yang dirampas daripada ahli Geng Fizi di Sungai
Petani hari ini.
SUNGAI PETANI: Polis menumpaskan
kegiatan pecah rumah rumah yang didalangi Geng Fizi dengan menahan lima suspek
dan merampas wang tunai bernilai RM105,000 dalam lima serbuan berasingan di
sini dan Kuala Lumpur sejak 19 September
hingga 1 Oktober lalu.
Penahanan kesemua suspek
termasuk dua beranak itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kuala Muda di bandar ini, Bukit Selambau dan Baling serta Jalan
Pudu, Kuala Lumpur.
Polis juga merampas 12
beg tangan pelbagai jenama mewah daripada lima suspek terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten
Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua suspek ditahan selepas menerima
laporan mengenai satu kes pecah rumah di Bandar Utama di sini dengan nilai
kerugian sebanyak RM2 juta pada 14 September lalu.
Menurutnya, kesemua
suspek yang ditangkap itu berusia antara 26 hingga 56 tahun.
“Dua daripada lima suspek
yang ditahan adalah suspek utama, seorang merupakan pembeli barangan yang
dicuri manakala dua orang lagi ditahan untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang
akhbar di IPD Kuala Muda di sini hari ini.
Beliau menambah, hasil
semakan ke atas lima suspek yang ditahan mendapati empat suspek mempunyai rekod
lampau berkaitan dengan kes jenayah dan dadah manakala seorang lagi tidak
mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Suspek utama yang
berusia 31 tahun itu dikesan mempunyai 37 rekod jenayah lampau membabitkan 31
kes jenayah dan enam kes dadah.
Adzli memberitahu,
penahanan ahli Geng Fizi ini juga polis berjaya menyelesaikan sembilan kes
pecah rumah di bandar ini.
Tambahnya, polis kini
sedang mengesan seorang lagi suspek dipercayai teman wanita salah seorang
suspek yang telah ditahan bagi membantu siasatan kes ini.
“Kes ini sedang siasat di
bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya,”
katanya.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment