KUBANG PASU: Universiti
Utara Malaysia (UUM) menutup kampus induknya di Sintok dekat sini selama empat
hari bermula tengah malam tadi bagi
mengekang penularan Covid-19 daripada menjangkiti warga kampus dan masyarakat
sekitar.
Surat pekeliling untuk
kakitangan dan penuntut itu dikeluarkan Pendaftar UUM malam tadi memaklumkan
penutupan institut pengajian tinggi awam itu berkuat kuasa pqda pukul 12 tengah
malam tadi hingga 8 Oktober depan.
Menurutnya, sepanjang
tempoh itu, tiada staf dibenarkan memasuki kampus induk UUM kecuali dengan
kebenaran pendaftar.
“Penuntut tidak
dibenarkan memasuki kampus kecuali dengan kebenaran Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Penuntut yang telah berada di dalam kampus
tidak dibenarkan keluar,” kata surat pekeliling itu.
Surat pekeliling itu
turut menegaskan, mereka yang berada di Inasis Yayasan Al-Bukhary dilarang
keluar dari kawasan tersebut.
“Inasis akan dikawal
secara 24 jam oleh pihak keselamatan universiti,” katanya.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment