KLUANG: Seorang tukang
masak yang dibuang kerja di Singapura kerana Covid-19 ditemui mati tergantung
di tangga rumahnya di Taman Berjaya, Simpang Renggam di sini Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis
Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, lelaki
berusia 38 tahun itu ditemui dengan kain
cadar terjerut di lehernya.
“Pada pukul 9.49 pagi,
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan jiran yang memaklumkan
seorang lelaki didapati menggantung diri. Anggota peronda polis dikejarkan ke
lokasi dan mendapati lelaki itu telah mati,” katanya ketika dihubungi di sini
hari ini.
Menurut beliau, mayat
dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan polis tidak
mengesyaki kejadian itu akibat perbuatan jenayah.
Beliau berkata, lelaki
itu sudah berkahwin dengan warga China dan mempunyai dua anak serta tinggal bersama keluarga.
“Tempat kejadian adalah
rumah disewa mangsa dengan bayaran bulanan RM800. Si mati bekerja sebagai
tukang masak di Singapura tetapi dihentikan kerja sejak Mac ekoran wabak
Covid-19.
“Lelaki itu tidak ada
berhutang dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya lagi.
– UTUSAN
No comments:
Post a Comment