PUTRAJAYA: Harga runcit
petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter iaitu RM1.71 seliter
dan RM2.01 seliter bagi tempoh bermula malam ini sehingga 9 Oktober depan.
Kementerian Kewangan
dalam kenyataan berkata, harga petrol bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum
ini ialah RM1.68 seliter (RON95) dan RM1.98 seliter (RON97).
Katanya, harga runcit
diesel pula turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada
RM1.70 seliter.
“Penetapan harga runcit
produk petroleum secara mingguan itu adalah menggunakan formula Automatic
Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus
memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang
bersesuaian bagi memastikan kebajikan
dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini.
– UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment