Saturday, 3 October 2020

#BukitBendera Bomba bantu selamat penumpang terkandas

Seramai 150 penumpang terkandas di stesen tengah Stesen Keretapi Bukit Bendera, Ayer Itam, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.33 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Maklumat diterima daripada seorang mangsa


yang terkandas dalam kereta api itu.

"Pasukan bomba sudah bergerak ke lokasi bersama jentera dan pacuan empat roda untuk bantuan menyelamat," katanya.

Difahamkan, sistem kereta api terbabit sudah pulih, namun kerja menyelamat masih dijalankan.









- Harian Metro

No comments:

Post a Comment