Noorzainy (dua dari kanan) menunjukkan salah satu basikal berjenama yang ditemui semula selepas ia dijual kepada sebuah kedai basikal di Kepala Batas hari ini.
KEPALA BATAS: Tiga
lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri pelbagai
basikal berjenama di sekitar kawasan perumahan di sini, pagi semalam.
Menurutnya, hasil soal
siasat mendapati kesemua basikal yang dicuri dijual dengan harga sekitar RM500
hingga RM700 sebuah kepada pemilik sebuah kedai basikal di Kepala Batas di
sini.
"Berpandukan
maklumat yang diberikan oleh suspek, membawa kepada rampasan empat buah basikal
yang dicuri sebelum ini yang dianggarkan bernilai RM12,000.
"Kita turut menahan
dua lelaki berusia 44 dan 66 tahun termasuk pemilik kedai basikal terbabit
untuk siasatan lanjut.
"Kita percaya
basikal curi itu dijual lebih murah atau separuh harga pasaran di kedai
terbabit," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di
sini hari ini.
Ditanya mengenai modus
operandi kumpulan terbabit, Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati
ketiga-tiga suspek tersebut akan menunggang motosikal mengelilingi kawasan
perumahan.
Katanya, sekiranya mereka
melihat adanya basikal berjenama diletakkan di luar rumah termasuk dalam
kawasan berpagar, salah seorang akan menyelinap masuk dan melarikan basikal
terbabit.
"Suspek kemudian
akan menaiki basikal tersebut sambil diiringi rakan sejenayah lain bagi
mengaburi mata orang ramai.
"Daripada soal
siasat yang dilakukan, mereka mengakui telah melakukan jenayah itu sebanyak
tujuh kali dan kesemua wang yang diperoleh dibahagi termasuk digunakan untuk
membeli dadah," katanya.
Noorzainy berkata, polis
turut merampas dua buah motosikal yang digunakan tiga lelaki terbabit untuk
melakukan jenayah curi basikal berjenama berkenaan.
Katanya, kesemua mereka
kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
--sinarharian
No comments:
Post a Comment