Pasukan Hazmat BBP Bayan
Baru tiba di lokasi kejadian untuk mencuci bahan kimia yang tertumpah.
BAYAN LEPAS - Seramai 14 pekerja sebuah kilang kosmetik di Halaman Kampung Jawa 2, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas di sini hari ini dikejarkan ke klinik berhampiran selepas berlaku tumpahan bahan kimia.
Pegawai Bomba Kanan II,
Muhamad Amin Mat Masli berkata, mangsa melibatkan seorang lelaki dan 13 wanita
itu didapati terhidu asid hidroklorik yang tertumpah dari sebuah bekas dalam
makmal kilang tersebut.
Menurutnya, kesemua
mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan serta pemeriksaan dan
dilaporkan stabil.
"Kita menerima
panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang tadi dan sepasukan dari Unit Bahan
Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru terus ke lokasi
kejadian.
"Kita mendapati, ada
sebuah bekas yang mengandungi 1 liter asid hidroklorik di sebuah makmal
terjatuh ke lantai lalu pecah. Ketika kejadian, seramai 14 pekerja berada dalam
bilik berukuran 12 kali 30 kaki persegi itu," katanya ketika dihubungi
Sinar Harian di sini.
Muhamad Amin berkata,
kesemua mangsa terhidu bahan kimia tersebut manakala seorang daripada mereka
terkena percikan asid ketika ia terjatuh.
Tambahnya, semua mangsa
dibawa ke klinik berhampiran oleh pihak syarikat.
--sinarharian
No comments:
Post a Comment