Thursday 22 October 2020

Polis buka kertas siasatan dakwaan gangguan seksual Speaker DUN Melaka

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah merakam beberapa keterangan saksi berhubung siasatan kes dakwaan cubaan melakukan gangguan seksual dilakukan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ke atas seorang kakitangan wanita sebuah hotel di Ayer Keroh pada 2 Oktober lalu.

“Kertas siasatan telah dibuka sebelum ini, kita rakam keterangan saksi dan individu yang didakwa atas fitnah berkenaan.

“Polis dalam masa sama telah merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit selain telah bekerjasama dengan Suruhanjya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan alamat yang membuat kenyataan fitnah menerusi pautan Facebook membabitkan kes itu,” katanya.


Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita tampil membuat laporan polis atas satu penyebaran fitnah kononnya beliau telah dirogol oleh Ab Rauf. — Bernama

No comments:

Post a Comment