Thursday 22 October 2020

Kes pelacuran kelas atasan: Blog mohon maaf muat naik foto tanpa kebenaran Scha Ellinea

 



KUALA LUMPUR, 21 Okt — Gara-gara memuat naik tangkap layar profil akaun sosial media pelakon Scha Elinnea berhubung kes pelacuran berprofil tinggi di negara ini, sebuah blog tampil memohon maaf.


Tidak menuduh Scha terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu, blog terbabit bagaimana pun mengaku salah memuat naik tangkap layar profil media sosial pelakon itu dalam sebuah artikel tanpa kebenaran.



“...maaf kerana menggunakan tangkap layar profil Scha dalam artikel tersebut. Kami sentiasa memastikan penulis mematuhi etika penulisan dengan meminta kebenaran pemilik asal,” memetik laporan blog berkenaan di laman sesawangnya.


Semalam, blog terbabit menerbitkan sebuah artikel berhubung kegiatan pelacuran membabitkan selebriti negara ini.



Menerusi laporan itu, blog tersebut telah menggunakan tangkap layar profil akaun Instagram milik Scha yang telah dikaburkan.



Bagaimana pun, rata-rata warga maya masih dapat mengenali akaun media sosial Scha walaupun ia telah dikaburkan.


Terdahulu, Scha telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.


Scha atau nama sebenar Natasha Mohamed Mubeen berkata, tindakan blog tersebut menggunakan tangkap layar profil media sosialnya secara tidak langsung mengaitkan dirinya dengan kegiatan pelacuran itu.


“Sememangnya artikel itu tidak ditujukan pada saya atau tiada nama yang disebut namun kerana mereka menggunakan gambar tangkap layar Instagram saya walaupun ia sudah dikaburkan, ia tetap boleh dilihat secara samar.


“Secara tidak langsung saya dikaitkan ada kena mengena dengan isu ini oleh netizen,” katanya.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada semalam telah mendedahkan seorang artis didapati menjalankan aktiviti pelacuran kelas atasan dengan bayaran RM40,000 bagi satu malam.


No comments:

Post a Comment