Thursday, 23 June 2022

Ringgit dibuka tinggi berbanding USD

 



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong minat belian yang muncul semula dalam keadaan permintaan terhadap dolar yang sedikit berkurangan memandangkan hasil Perbendaharaan AS lebih rendah, kata penganalisis.
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4030/4070 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4050/4065 ketika ditutup pada Rabu.


Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun dan 10 tahun masing-masing merosot 14 dan 12 mata asas untuk ditutup pada 3.06 peratus dan 3.16 peratus. AWANI








No comments:

Post a Comment