KUALA LUMPUR: Sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian adalah 'jalan selamat' bagi mahasiswa Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) pada masa ini, sekali gus mengekang penularan wabak
COVID-19.
Naib Canselor Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata
proses penurunan ilmu tetap berlaku dan pentaksiran tetap dapat dilaksanakan
melalui pembelajaran dalam talian.
"Walaupun tidak
sebaik pembelajaran bersemuka, ini sahaja jalan selamat yang kita ada untuk
mengelakkan penularan.
“Ilmu tidak semestinya
boleh diperoleh di lapangan sahaja kerana ilmu boleh diterjemahkan dalam
komunikasi dua hala secara dalam talian sebagai perkongsian proaktif dan dalam
masa sama keselamatan diri terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammad Shatar, yang
juga Pengerusi majlis Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam Malaysia,
berkata ia juga boleh dipakai dalam konteks penyelidikan kerana jadual dan
kaedah penyelidikan akan menjadi lebih fleksibel.
Beliau berharap semua
mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam dapat bersabar mengharungi cabaran
COVID-19 dan tenaga akademia (pensyarah) pula perlu bertolak-ansur serta
memahami masalah capaian Internet mahasiswa di luar kawasan bandar atau
pedalaman.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment