IPOH: Sebanyak 28 Sekolah
Agama Rakyat (SAR) Integrasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Taman
Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Islam di Perak ditutup mulai 14 hingga 25 Okt
akibat jangkitan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa
Agama Islam dan Penerangan Negeri Mohd Akmal Kamarudin dalam satu kenyataan
berkata jumlah itu membabitkan 21 SAR dan tujuh tadika Islam di beberapa daerah
antaranya Kinta, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kerian serta Hulu Perak.
Beliau berkata antara SAR
yang ditutup operasi pengajaran dan pembelajaran ialah di daerah Manjung iaitu
Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Kampung Tersusun Batu 7, SRAR Ittifaqiah,
SRAR Al-Khairiah, SRAR Al-Aliah dan SRAR Annasriah, kesemuanya di Lekir manakala
di Seri Manjung pula membabitkan SAR Arshadiah dan SRAR Abadiah.
"Penutupan itu turut
melibatkan SRAR di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu Madrasah Al Khairiyyah
Islamiah dan SRAR Darul Ehsan manakala di Kerian membabitkan SRAR Al-Ehya’
Addiniah, SRAR Al Hidayatul Islamiah, SRAR Nor Hidayah, SRAR Al-Irsyadiah dan
SRAR Khairiah Islamiah, SRAR Fadilah Islamiah, SRAR Al-Tahzib, SRAR An Najihin,
SRAR Al Hidayah dan SRAR Al Faizin," katanya.
Mohd Akmal berkata di
Kinta pula membabitkan SAR Al-Taufiqiah dan SRAR Ar-Raudhatul Ulum, masing-masing di Chemor.
Katanya, tadika Islam
yang ditutup adalah TIP Al-Hidayah, Batu Kurau; TIP Al-Hashimiah, Taiping; TIP
An Nasriah, Sitiawan; TIP Al-Amin , Pengkalan Hulu; TIP Al-Hidayah, Parit
Buntar; TIP As-Syakirin, Parit Buntar dan TIP Nurul Wardah, Kuala Kurau.
Dalam pada itu, Mohd
Akmal berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperuntukkan sebanyak RM2.2
juta kepada semua sekolah agama yang berdaftar untuk kos pembersihan dan
infeksi serta peralatan kesihatan yang diperlukan menggunakan peruntukan yang telah diberikan
mengikut keperluan sekolah.
"Setiap sekolah
telah menerima RM2,500 bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi. Bagi
sekolah yang ditutup, ada yang sudah
selesai menjalankan aktiviti pembersihan dan ada juga yang masih dalam
proses," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment