PUTRAJAYA: Para petugas
media hampa apabila tiada sebarang pengumuman hasil mesyuarat khas Kabinet di
Bangunan Perdana Putra, di sini pagi ini.
Mesyuarat yang
dikhabarkan ada membincangkan isu besar termasuk kemungkinan rombakan Kabinet
itu yang bermula sejak pukul 10 pagi berakhir dua jam kemudian.
Kelihatan kenderaan
pertama yang keluar daripada bangunan itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk
Seri Reezal Marican Naina Marican sekitar 12.45 tengah hari.
Diikuti beberapa
kenderaan menteri lain, namun mereka tidak berhenti untuk memberikan ulasan kepada
para wartawan yang menunggu di pintu masuk utama sejak pukul 8 pagi.
Kumpulan media
bagaimanapun terpaksa beredar sekitar jam 1 tengah hari apabila tiada komen
daripada menteri-menteri yang hadir pada mesyarat Khas Kabinet itu.
Mereka seolah-olah mengambil
tindakan untuk mengunci mulut atau mahu menyerahkan kepada kepemimpinan
tertinggi untuk membuat kenyataan.
Beberapa buah kereta
peronda polis dilihat turut berkawal di luar pintu berkenaan bagi memantau
situasi.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment