SEBAHAGIAN penunggang
yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan menolak motosikal masing-masing ke Balai
Polis Batu Kurau, Taiping, Perak, semalam.- IHSAN PDRM
TAIPING: Bukan setakat
disaman malah 98 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka hampir
sejam ke Balai Polis Batu Kurau, di sini selepas ditahan dalam Op Samseng
Jalanan, di sini semalam.
Kesemua mereka yang
berusia lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun ditahan dalam operasi itu bermula
pukul 5 petang di Jalan Besar Jelai, di sini.
Operasi berkenaan
disertai 14 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Daerah (BSPTD) Taiping dan Balai Polis Batu Kurau.
Ketua Polis Daerah
Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, sebanyak 98 buah motosikal
diperiksa dalam operasi selama lima jam itu yang mana 42 buah daripadanya
disita.
Katanya, dalam operasi
itu juga, 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada nombor
pendaftaran kenderaan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan mengubah suai
kenderaan serta ekzos.
“Kita turut memeriksa 120
individu dan tiada tangkapan melibatkan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan
Jalan 1987 mahupun jenayah dan narkotik,” katanya di sini hari ini.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment