Sumber gambar: https://www.abc.net.au/news/2020-10-21/five-million-hit-by-catastrophic-floods-in-vietnam,-cambodia/12796996
PHNOM PENH: Perdana
Menteri Kemboja Hun Sen pada Khamis mengesahkan banjir buruk yang melanda
negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Beliau berkata di wilayah
Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilaporkan.
Semasa melawat wilayah
terjejas itu, beliau mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan 10 juta riel
(US$2,500) untuk setiap keluarga mangsa yang terkorban.
Menurut Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Kemboja, sejak awal Oktober, hujan lebat dan ribut tropika
menyebabkan banjir di 19 dari 25 wilayah dan bandar, menjejaskan 312,224
penduduk, menenggelamkan 73,720 rumah
serta lebih 293,000 hektar sawah padi dan tanaman lain.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment