KULIM: Wanita berstatus
isteri orang memberi alasan mahu mengadu masalah rumah tangganya kepada seorang
duda sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Padang
Serai di sini awal pagi tadi.
Wanita berusia 36 tahun
dan lelaki berusia 51 tahun itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah
Kulim kira-kira pukul 1.54 pagi.
Ketua Penguat kuasa
Pejabat Agama Daerah Kulim, Azwan Azman berkata, pihaknya menerima maklumat
berhubung perbuatan terkutuk oleh pasangan tersebut daripada orang awam.
Katanya, empat penguat
kuasa pejabat agama kemudian melakukan pemeriksaan ke atas rumah tersebut.
“Penguat kuasa bertindak
mengetuk pintu sebelum seorang lelaki membuka pintu dan hasil pemeriksaan
menemui seorang wanita sedang bersembunyi di belakang pintu bilik utama rumah,”
katanya di sini semalam.
Azwan berkata, pasangan
terbabit gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga
menimbulkan syak mereka melakukan maksiat di rumah berkenaan.
“Hasil soal siasat,
wanita itu memberitahu dia mempunyai masalah rumah tangga dan duda terbabit
banyak membantunya daripada segi kewangan selain menjadi tempat untuk meluahkan
perasaan,” ujarnya.
Katanya lagi, duda
tersebut didapati tinggal bersama anak lelakinya berusia belasan tahun yang
merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam manakala wanita itu tidak mempunyai
anak.
“Lelaki bekerja sebagai
pemandu van manakala wanita bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah
kilang di Pulau Pinang,” jelasnya.
Tambahnya, pasangan
terbabit kemudian dijamin oleh ahli keluarga masing-masing dan kes disiasat
mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment