Operasi bermula jam 9 pagi tadi turut menahan tiga penagih dadah berusia 19 hingga 55 tahun di sekitar Yan.
YAN - Seorang pengawal keselamatan memberi alasan mengasuh kanak-kanak apabila ditanya tujuan utamanya ke sebuah rumah yang disyaki dijadikan port penagihan dadah.
Ketua Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, alasan terbabit diberikan
lelaki berusia 24 tahun itu ketika diserbu agensi itu di sebuah rumah di
Kampung Perupok di sini semalam.
Menurutnya, suspek
memberi alasan sedemikian kerana katanya pemilik rumah telah keluar ke hospital
bagi mendapatkan rawatan.
"Kita menerima aduan
awam mengatakan rumah terbabit sering dikunjungi dan mengesyaki ia dijadikan
port penagihan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata,
pemeriksaan dalam rumah mendapati, tuan rumah tiada, namun terdapat seorang
kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sedang tidur.
"Suspek mengaku baru sahaja menghisap dadah jenis syabu sebelum rumah tersebut diserbu," katanya.
Difahamkan, lelaki
terbabit mula hisap dadah sejak lapan tahun lalu atas faktor pekerjaannya yang
perlu berjaga malam.
Operasi bermula jam 9
hingga 11 pagi itu turut menahan tiga lagi penagih dadah berusia 19 hingga 55
tahun di sekitar Yan.
Ujian air kencing
mendapati mereka turut positif dadah jenis syabu.
Kesemua mereka disiasat
mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.
"AADK berharap
kerjasama semua pihak dalam memastikan kawasan kejiranan bebas daripada
dijadikan port penagihan memandangkan aktiviti penagihan dadah memberi kesan
buruk kepada masyarakat.
"Antara kesan akibat
pengambilan syabu yang kritikal adalah kerosakan pada otak dan sistem saraf
seseorang.
"Pengambilan kerap
mengakibatkan seseorang itu berkelakuan terlalu aktif, sukar tidur, kemurungan,
khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal,
dan perlakuan psikotik seperti gila," katanya.
--sinarharian
No comments:
Post a Comment