GEORGETOWN: Garis panduan
baharu yang dikenakan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada peniaga
kedai runcit, penjaja, peniaga kecil dan pengusaha restoran didakwa tidak adil
terhadap golongan berkenaan yang kini dihimpit pelbagai masalah ekoran pandemik
Covid-19.
Presiden Pertubuhan
Komuniti India Muslim Malaysia (iMcom), Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan
berkata, antara garis panduan yang dikenakan ialah pemilik kedai runcit hanya
dibenarkan menggaji pekerja warganegara.
Selain itu, katanya,
pasangan pemilik kedai yang bukan warganegara atau pemegang kad pengenalan
sementara tidak dibenarkan berada di premis perniagaan untuk membantu
pasangannya.
Malah, tambahnya, pemilik
perniagaan dikenakan tindakan jika meninggalkan pasangannya bersendirian di
kedai runcit.
“Apa yang menghairankan,
garis panduan ini tidak diguna pakai bagi pasar raya besar, pasar raya atau
perniagaan rangkaian (francais).
“Apakah di premis-premis
yang dikecualikan ini tidak ada mereka yang bukan warganegara bekerja? Jadi
kenapa garis panduan ini hanya dikenakan kepada sesetengah peniaga?,” katanya
di sini semalam.
Sebelum ini, garis
panduan yang dikeluarkan oleh MBSP terhadap pemilik kedai runcit, penjaja,
peniaga kecil dan pemilik premis perniagaan itu tular dalam media sosial kerana
rata-rata warga maya tidak berpuas hati dengan garis panduan tersebut yang
berkuat kuasa 1 September lalu.
Menurut Mohamed Rizwan,
lebih 3,000 peniaga kedai runcit serta peniaga kecil dan pemilik restoran
terjejas dengan pelaksanaan garis panduan baharu tersebut.
“Setakat ini kami
dimaklumkan pemilik restoran juga telah menerima notis yang sama daripada MPSP.
“Kami bimbang jika garis
panduan sama urut dikenakan kepada peniaga kecil di bahagian pulau pula selepas
ini. Sekiranya dilaksanakan, lebih 5,000 peniaga di seluruh negeri ini
terkesan,” katanya.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment