BUTTERWORTH: Gara-gara
termakan kata-kata manis individu yang dikenali dalam laman media sosial,
seorang kerani di sini berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM65,700
ditipu sindiket Parcel Scam semalam.
Ketua Polis Daerah
Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita
berusia 46 tahun itu menjadi mangsa selepas berkenalan dengan seorang lelaki
yang kononnya dari London melalui laman sosial Facebook, Ogos lalu.
Katanya, kenalan wanita
itu memberitahu mangsa kononnya ada menghantar bungkusan yang mengandungi wang
tunai dan pelbagai barangan berharga kepadanya.
“Mangsa kemudian menerima
panggilan daripada individu menyamar wakil syarikat penghantaran yang
memintanya membuat bayaran bagi melepaskan bungkusan tersebut.
“Mangsa yang tidak
mengesyaki taktik penipuan itu terus membuat pembayaran ke dalam akaun bank
diberikan dengan harapan menerima bungkusannya,” katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Noorzainy berkata, mangsa
hanya menyedari ditipu apabila individu terbabit secara berterusan meminta
bayaran walaupun dia sudah menyerahkan sebanyak RM65,700.
“Wanita itu membuat
laporan polis semalam dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan.,” katanya.
Sementara itu, Noorzainy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah jatuh cinta atau termakan kata-kata manis daripada individu yang baru dikenali melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan Wechat.
– UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment