Suspek (tengah) dibawa oleh
anggota SPRM ke lokap Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman hari
ini.
ALOR SETAR - Seorang
pengarah urusan sebuah syarikat kerja-kerja pembersihan direman tujuh hari
kerana didakwa mengemukakan dokumen palsu memasuki tender sebuah kementerian
bernilai RM22 juta pada Julai 2018.
Suspek ditahan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah restoran di Kajang,
Selangor kira-kira jam 12 tengah hari semalam, dikatakan telah dianugerahkan
projek tersebut oleh kementerian berkenaan pada tahun 2018.
Lelaki berusia 33 tahun
itu dipercayai telah mengarah dan memaksa dua orang kakitangannya membuat
penyata bank dan cop palsu bagi tujuan memasuki tender di sebuah jabatan di
Kedah.
Suspek yang dibawa dari
Kajang ke Alor Setar pagi tadi telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6
Oktober depan dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah
Alor Setar, Jamaluddin Alias.
Pengarah SPRM Kedah,
Datuk Shaharom Nizam Abd Manap kemudian mengesahkan perkara tersebut dan kes
disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
--sinarharian
No comments:
Post a Comment