KULIM: Seorang bekas
banduan tidak menyedari kegiatannya memanjat pagar di sebuah rumah di Taman
Desa Cinta Sayang, Sungai Karangan dekat sini dirakam dan merancang untuk
mencuri barang dalam kereta dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Lelaki berusia 30 tahun
itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta curi.
Ketua Polis Daerah Kulim,
Superintenden Azahar Hashim berkata kira-kira pukul 9.45 pagi kelmarin, mangsa,
seorang peniaga dalam talian memeriksa rakaman CCTV yang dipasang di rumahnya.
Katanya, dia mendapati
seorang lelaki yang tidak dikenali memakai topi dengan pelitup muka memanjat
pagar rumah.
“Dalam rakaman itu,
mangsa melihat suspek cuba membuka pintu kereta milik mangsa yang berada di
kawasan halaman rumah.
“Namun dia gagal membuka
pintu kereta mangsa, suspek memanjat pula pagar ke sebelah rumah jiran mangsa,”
katanya di sini hari ini.
Azhar berkata, mangsa
kemudian membuat laporan polis dan suspek diberkas di Estate Padang Meha,
Sungai Karangan di sini kira-kira pukul 2 petang.
Katanya, suspek turut
menceroboh tujuh rumah di sekitar Sungai Karangan, namun cubaannya untuk
mencuri gagal.
“Kita merampas beberapa
barangan seperti beg sandang dan lampu suluh suspek ketika menjalankan
kegiatannya itu,” katanya.
Kes disiasat mengikut
Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
--UTUSANONLINE
No comments:
Post a Comment