Kedai
serbaneka di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBPP) dibenar beroperasi
sehingga 2 jam pagi mulai hari ini. [Gambar Hiasan]
GEORGETOWN - Semua
restoran dan kedai serbaneka di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi bermula hari ini.
Datuk Bandar MBSP, Datuk
Rozali Mohamud berkata, kebenaran untuk 'dine in' atau makan dalam premis juga
diberikan kepada pasar malam, pasar pagi, uptown dan perayaan keagamaan berkuat
kuasa hari ini. berbanding sehingga jam 12 tengah malam sebelum ini.
"Bagaimanapun, semua
kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan
antaranya semua pekerja premis dan pelanggan perlu memakai pelitup muka,
merekodkan nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera dan memeriksa
suhu badan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Rozali berkata, pematuhan
SOP adalah satu syarat pelesenan tambahan kepada semua pemegang lesen
perniagaan MBSP.
"Ketidakpatuhan
boleh diambil tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil
Bayaran Lesen, Majlis Perbandaran Seberang Perai 1980.
"Semua pihak diminta
untuk mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memastikan
Seberang Perai dan Pulau Pinang amnya kekal sebagai zon hijau," katanya.
-SINARHARIAN
No comments:
Post a Comment