Najib menyatakan 1MDB
akan membina rumah mampu milik di Ayer Hitam, Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Wang
terbitan bon berjumlah AS$3 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
digunakan untuk membeli tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang sebagai satu inisiatif
UMNO berkempen bagi pilihan raya pada 2013.
Bekas Ketua Pegawai
Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, berkata ketika berkempen dalam satu
ceramah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan tanah yang dibeli
itu akan dimajukan 1MDB untuk membina rumah mampu milik di negeri terbabit.
Beliau berkata, ahli
perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low memberitahunya, wang daripada
terbitan bon itu disegerakan kerana akan digunakan bagi tujuan pilihan raya dan
membayar hutang Standard Chartered yang dulunya dipinjam untuk membiayai
Pelaburan Petro Saudi.
Katanya, 1MDB memerlukan
wang yang banyak dengan kadar segera sehingga sanggup membayar fi yang tinggi
kepada syarikat Goldman Sachs dalam penerbitan bon itu.
Mohd Hazem berkata,
demikian pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3
bilion milik wang 1MDB dihadapi bekas Presiden UMNO, Najib.
Beliau berkata, pihak
pengurusan dan Lembaga Pengarah 1MDB sudah maklum bahawa setiap arahan daripada
Jho Low, datang daripada Najib.
Katanya, beliau sejak
awal lagi mengetahui bahawa dana di luar negara dikawal oleh peguam syarikat,
Jasmine Loo dan Jho Low, tanpa ada campur tangan daripada Lembaga Pengarah.
Katanya, beliau tidak
bertanya banyak (mengenai arahan diterima) kerana melalui pengalamannya segala
yang diminta oleh Jho Low dan Jasmine sebenarnya diminta oleh Najib sendiri.
"Saya ada
menghubungi Jho Low untuk meminta kebenaran membawa balik dana yang disimpan di
luar negara tetapi Jho Low berkata, ia tidak boleh digunakan kerana untuk
kegunaan dana UMNO.
"Selepas mendengar
hal itu, saya pun faham bahawa Najib mengawal kewangan untuk tujuan parti
UMNO," katanya.
-BH
No comments:
Post a Comment