Wednesday, 30 September 2020

#Miri Lelaki mengamuk, libas pengguna jalan raya dengan parang


Seorang lelaki ditahan selepas dikatakan mengamuk menggunakan senjata tajam di jalan pesisir Miri-Bintulu, berhampiran Kampung Terahad, Bekenu hari ini.

Aksi lelaki itu yang melibas parang ke arah pengguna jalan raya turut dirakam dan tular di media sosial.
Rakaman video berdurasi 52 saat itu menyaksikan suspek cuba menahan kenderaan dan melibas senjata tajam.
Beberapa kereta dan motosikal turut dilihat berpatah balik kerana bimbang keselamatan mereka terancam.
Difahamkan, lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan sebelum dibelasah orang awam.
Suspek disyaki di bawah pengaruh dadah itu diserahkan kepada anggota dari Balai Polis Bekenu, yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian sekitar jam 9.50 pagi.
Kes sedang disiasat.
Oleh: Connie Sylvia Mesa
Video: Media sosial

No comments:

Post a Comment