Kerajaan Pulau Pinang
dilaporkan bersetuju untuk menerima semula projek Empangan Mengkuang yang akan diserahkan
pada 26 Oktober ini.
GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju untuk mengambil semula Empangan Mengkuang yang diperbesarkan daripada kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.
Ketua Menteri, Chow Kon
Yeow berkata, persetujuan tersebut dicapai selepas pertemuannya dengan Menteri
Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Putrajaya
minggu lalu.
Menurut Kon Yeow, setakat
ini kerajaan negeri akan menerima penyerahan Fasa 1 dan Fasa 2A Projek
Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP).
“Pertemuan tersebut
sangat produktif dan kami menantikan pelaksanaan Fasa 2B dan 2C MDEP pada masa
sesuai serta pembinaan baraj baharu di Rantau Panjang di Seberang Perai Utara.
“Kami dimaklumkan oleh
menteri yang pengambilan tanah berada pada peringkat akhir untuk pelaksanaan
Fasa 2B, manakala kajian mengenai Fasa 2C dan pembinaan baraj baharu di Rantau
Panjang akan dibincangkan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan
Perdana Menteri untuk dilaksanakan," katanya menerusi satu kenyataan di
sini hari ini.
Kon Yeow berkata, oleh
kerana KASA menyatakan niat untuk menyelesaikan Fasa 2B dan 2C MDEP, kerajaan
negeri juga bersetuju untuk menerima semula projek berkenaan yang akan
diserahkan dalam upacara rasmi pada 26 Oktober ini di pekarangan Empangan
Mengkuang di sini.
Sementara itu, Ketua
Pegawai Eksekutif PBAPP dan PBA Holdings Bhd, Datuk Ir Jaseni Maidinsa
mengkategorikan MDEP sebagai projek strategik kemarau yang kritikal bagi Pulau
Pinang.
Beliau berkata,
pelaksanaan tersebut merupakan satu daripada syarat utama yang dipersetujui
ketika Pulau Pinang berhijrah ke Inisiatif Penstrukturan Semula Industri
Perkhidmatan Air Nasional (NWSRI) pada tahun 2011.
“Hari ini, MDEP belum
berfungsi sepenuhnya. Namun, wajar untuk kita mengambil alih pengurusan
Empangan Mengkuang.
"Oleh kerana hujan
yang sangat rendah kesan perubahan iklim sejak 2019, kapasiti efektif Empangan
Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pulau Pinang adalah luar biasa
rendah.
“Kita memerlukan akses
penuh kepada rizab air mentah di Empangan Mengkuang untuk menguruskan
perkhidmatan bekalan air berterusan pada musim kemarau berikutnya, yang
dijangka bermula pada Januari 2021," katanya.
No comments:
Post a Comment