Ranggi dengan skirt berpoket.
Gaun mewah sentuhan
pereka Khoon Hooi mengangkat pengaruh gaya koboi atau ‘cowboy untuk koleksi
musim luruh 2020.
Pereka ini menyorot gaya
wild west, kembali ke abad 19 itu dengan penggunaan elemen seperti juraian pada
bahagian lengan dan sekitar empayar wanita.
Tidak ketinggalan
penggunaan bulu pelepah pada gaun, memercik gaya mewah pada persalinan gaun
petang pereka berpengalaman ini.
Katanya, koleksi itu
memiliki unsur keindahalan alam sekitar seperti, penggunaan warna padang pasir
dan corak berbentuk bintang selain unsur gaya koboi.
Khoon Hooi berkata, corak
berkotak digandingkan dengan warna yang terang berperanan untuk lebih menyerlah
gaya pemakai.
MUSIM LURUH
“Koleksi kali ini lebih
sesuai dipakai menghadiri majlis makan malam. Jika mahu pakaian harian pun
boleh, kerana kami juga ada separate pieces yang boleh disuai padankan,”
katanya semasa ditemui dalam pertunjukan fesyen musim luruh 2020 di ibu negara,
baru-baru ini.
Pereka berusia 46 tahun
itu mula menempatkan diri dalam arena fesyen tempatan selepas memenangi Asian
Young Designers Award pada 1997. Pereka kreatif ini turut menggabungkan korset,
skirt dress dan tassel fringe bersama corak haiwan pada bahagian atas
menjadikan penampilan pemakai lebih menarik.
Ada lebih 60 pakaian
dalam koleksi ini. Khoon Hooi berkata, bagi memastikan tekstur setiap rekaannya
dapat memberi aura positif beliau selesa menampilkan rona terang melambangkan
kegembiraan dan keberanian.
Koleksi ini menawarkan
harga antara RM2,500 hingga RM16,000.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment