KEBAKARAN sebuah rumah di
Taman Malik, Alor Setar yangh mengorbankan Roslan Abu Bakar, semalam.
ALOR SETAR: Seorang lelaki
ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Malik di sini pagi
ini.
Dalam kebakaran pada
pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Roslan Abu Bakar, 56, ditemui di depan pintu
(utama dalam rumah terbabit.
Isteri mangsa yang
berusia 55 tahun dan dua anak mereka berusia 15 dan 17 tahun terselamat dalam
kebakaran itu.
Jurucakap polis
memberitahu, seramai 15 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan
Penyelamat Alor Setar dan Jalan Raja di sini bergegas ke tempat kejadian
selepas menerima panggilan pada pukul 5.32 pagi.
“Bomba yang tiba di
tempat kejadian itu mendapati rumah terbabit telah terbakar 90 peratus.
“Turut musnah melibatkan
dua buah kereta dan sebuah motosikal terbakar hampir 30 peratus,” katanya di
sini pagi ini.
Menurut jurucakap itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
-UTUSAN
No comments:
Post a Comment