Saturday, 29 August 2020

Boleh Memakai Pakaian tradisional kaum lain - Menteri Agama

 


Pemakaian baju tradisional kaum lain bagi umat Islam tidak menjadi kesalahan selagi ia menutup aurat.


Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri menjelaskan, pakaian tersebut juga perlu dipastikan tidak menyerupai agama lain.


“Dalam Islam mesti menutup aurat dengan ada terma-terma pakaian yang diizinkan, tidak menyerupai dalam bentuk keagamaan yang berlainan daripada agama Islam.


“Maka itu dibenarkan dengan kesopanan, tatasusila dan seumpamanya,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 Peringkat Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.


Baru-baru ini tular gambar pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah yang mengayakan pakaian tradisional kaum India iaitu ‘Sari’ dan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk kritikan. — AlHijrah Online

No comments:

Post a Comment