Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, bakal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada mesyuarat Parti Liberal Demokratik yang dijadual diadakan harini pada jam 3 petang waktu Jepun.
Keputusan itu dibuat Abe susulan masalah kesihatan yang dihadapinya dan tidak mahu perkara itu menjejaskan pentadbiran kerajaan Jepun.
Lapor Reuters, Abe sering berulang alik ke hospital sejak kebelakangan ini hingga menimbulkan spekulasi terhadap tahap kesihatan beliau.
Abe juga dilaporkan telah hampir 50 hari tidak mengadakan sebarang sidang media sejak pertengahan Jun hingga awal Ogos.
No comments:
Post a Comment