Sunday 26 April 2020

#PadangBesar Pondan, 14 lelaki leka berbual ditahan ingkar PKP

Seorang pondan dan 14 lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan di sebuah pondok di Kampung Panggas Besar dekat sini, semalam kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, DSP Shahrim Azhar berkata kesemua suspek berumur antara 20 hingga 54 tahun itu ditahan ketika sedang leka berkumpul dan berbual kira-kira 5.00 petang semalam.

“Ketika serbuan dilakukan, polis menahan seramai enam lelaki. Selebihnya berjaya ditahan 30 minit kemudian ketika melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.




Katanya, warga Thailand yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.


Beliau berkata kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Shahrim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. — Bernama

No comments:

Post a Comment