Sunday 26 April 2020

#covid19 Rakyat Thailand Rela Ditangkap Demi Untuk Pulang Ke Tanah Air

Lebih daripada seratus pekerja Thailand di Malaysia khususnya warga Patani, selatan Thai. Berhasrat pulang ke tanah air, namun tidak diizin masuk Kerana dokumen sijil tidak lengkap.
.
Mereka memutuskan untuk membenarkan pihak berkuasa menangkap kerana menyeludup melintas negara tanpa surat melalui sungai di seberang Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.
.
Laporan dari media tempatan, bahawa hari ini Sabtu 25 April 2020 beberapa kumpulan warga Patani yang melintas sempadan dari Malaysia, mereka mahu pulang ke tanah air dan rela ditahan diri kerana salah undang-undang.
.

Dari sempadan tersebut, puluhan tentera Thai pasukan perlindungan sempadan yang sedia mengawal dan membantu membawa barang untuk di seberang sungai dengan keadaan berantakan Di kawasan sungai Ban Bering , Bandar Sungai Golok, wilayah Narathiwat.
.
Demikian warga tersebut akan didakwa kesalahan undang kerana melintas negara secara salah dan dihantar untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
.
Dampak Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac dan menutup pusat pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara sejak 23 Mac. Dan dilanjutkan tempoh sampai 12 Mei ini.




Namun, Mulai hari Sabtu 18 April kelmarin, empat pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula menerima warga Thailand yang mahu pulang dari dampak terkandas di Malaysia.
.
Hingga ramai warga yang terkandas di Malaysia, yang tidak bertahan diri hasrat mahu pulang ke tanah air serta mengalami kesukaran dalam mencari sumber pendapatan kerana kerjanya sudah berhenti. ramai warga menyeludup masuk ke tanah air.






Credit photo: Thai PBS, NBT

No comments:

Post a Comment