Saturday 25 April 2020

Normal Baharu Ramadan, Perjuangan dalam mengekang dan memutuskan rantaian jangkitan wabak #covid19 - Mufti Pulau Pinang

KEDATANGAN Ramadan tahun ini diraikan dalam suasana normal baharu buat pertama kalinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki Fasa 3 kini dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 (Fasa 4).

Pasti paling dirindui ketika datangnya Ramadan adalah menunaikan solat tarawih secara berjemaah dan kemeriahan bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai juadah enak.

Anggaplah bulan Ramadan tahun ini sebagai suatu perjuangan untuk kita semua dalam mengekang dan memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Patuhi segala peraturan dan arahan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang bulan Ramadan ini. Hidupkan Ramadan di rumah bersama-sama keluarga dengan menyediakan juadah sahur dan berbuka atau solat berjemaah bersama-sama.


Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor

No comments:

Post a Comment