Saturday 25 April 2020

Pos Laju Terima 770,000 Parcel Sehari Sepanjang PKP

Susulan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan menghantar parcel dikatakan meningkat mendadak selepas pembelian dalam talian turut menyaksikan kenaikan.

Memetik laporan Harian Metro, Pos Laju ini menerima sebanyak 35 peratus peningkatan sepanjang PKP ini.

"Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.

"Sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.


"Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan," kata Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim.

Susulan itu, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan sepanjang PKP ini.

Namun, bagi memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad.

"Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima," katanya

No comments:

Post a Comment