Saturday 25 April 2020

Hargai usaha dakwah Ustaz Ebit Lew - DS Reezal Merican



Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, turut sama menzahirkan simpati
dengan ujian yang menimpa pendakwah terkenal yang disegani, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi laman Facebook dan twitter, beliau berkongsi pernghargaan kepada Ustaz Ebit Lew dan mengkagumi penat jerih dalam menjalankan kerja dakwah di seluruh negara. Perkongsian beliau di laman Facebook menerima lebih 4000 tanda suka dan hampir 300 perkongsian.

"Adab dakwahnya luar biasa. Tidak pernah menghakimi. Membawa ayat dan bahasa yang menusuk jauh ke sudut hati." tambah beliau lagi.


Menurut Ahli Parlimen Kepala Batas lagi, beliau akan terus memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit Lew. " Ujian dan cabaran ini hadir dalam pelbagai wajah. Kekuatan, ketahanan dan ketabahan diri menjadi perisai untuk kita mengecapi kejayaan"


DOAKAN USTAZ EBIT LEW

"Saya mendoakan Ustaz Ebit Lew terus diberi kekuatan dan ketabahan di dalam menempuhi liku-liku perjuangan memperluas dakwah agama Allah SWT" tambah beliau lagi.

"Bertabahlah dengan segala ujian dari-Nya kerana kasih sayang Allah mengatasi segalanya. Allah SWT akan melindungi mereka yang ikhlas dan jujur menjaga syiar agama-Nya"

Terdahulu, Ebit memberitahu beliau dipanggil ke Bukit Aman sejak malam tadi kerana terdapat laporan berhubung khidmat bantuannya yang tular di media sosial.

Sumber : FB Reezal Merican

No comments:

Post a Comment