Monday, 24 February 2020

Tun M Letak Jawatan Pengerusi PPBM


 Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Selepas pengumuman meletak jawatan Perdana Menteri tengah hari tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pejabat Pengerusi BERSATU dalam satu kenyataan media berkata, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatan hari ini, berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu memaklumkan satu surat berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada ibu pejabat parti itu hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir juga telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan surat perletakan jawatan diserah sekitar jam 1 petang tadi.





No comments:

Post a Comment